Thursday, December 30, 2010

Berakhirlah cerita cuti .....




Salam blogger semua...harini aku nk tulis paal habis dah cuti sem nie..so lusa aku akn gerak ke Melaka....

Then buat geng2 jahat Ipoh (Loki bg nama) sekalian,gd luck dari aku En sut...bestlah sgt2 lepak ngn korang....dapat gelak2..kutuk2..hehe...credit buat loki,sbb snggup ambik aku selalu kt umah....jauh lak tu dari Tambun..hehe...buat acai,t nk fly ang kene gtaw...ak nk ekot g airport.haha...hzwan awek, nmpknyer last match general kite stil tertangguh lg...haha...pem.nmpknya hg kena trening lg la general..Mawi tiang, hg gelak kuat betol..HASHAAHAHAHAH nnti kite lepak ki-il lak..hehe...bistok2 (yap),Atan yg slalu cari gado ngn aku..hehe lawa la awek ko( gitar baru) t ak pon nk beli gk...kodok,opai lolla,pasni aku xlepak kdai Msyed hg dah..haha..fit dedeh,mior alhmdulillah erkk ;P krubin2..yak whai2...qayum klutuk2...n semua geng2 sodong...gdLuck! kite jmpe lg next tyme..HEBAT!!! hEY!!! ( CB NYER SKOR A,XDE HASIL PON) =='



P/s: sorryla gmbar lama..hehe...kabel phone rosakla..huhuhu...

Monday, December 27, 2010

Malaysia Menang!!!





Salam blogger2 sekalian,hari ini aku nak citer pasal bola lg..hehehehe


SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’...

Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.

Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.

Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.

Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.

Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.

Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.

Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.

Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee.

Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.

Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.

Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.

Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.

Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.

p/s: bila la Malaysia nak masuk World Cup kn...k chow!

Saturday, December 25, 2010

Malaysia Vs Indonesia.










Salam blogger2...harini gua malas sgt nk menaip keyboard..hehe..so aku ada berita utk korang..pasal bola esok.




EDISI kelapan Piala Suzuki AFF pada tahun ini bakal menobatkan juara baru apabila Malaysia dan Indonesia buat kali pertama bertarung pada perlawanan akhir.

Malaysia mara ke final selepas mengharungi laluan berliku bermula dengan episod dimalukan Indonesia 5-1 pada peringkat Kumpulan A namun kemudiannya bangkit mendadak mengikat juara tiga kali, Thailand tanpa jaringan serta membenam cabaran Laos pada perlawanan terakhir kumpulan.


Skuad bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal itu bagaimanapun berterima kasih kepada Indonesia yang menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kumpulan bagi membolehkan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya menyingkirkan juara bertahan dan tuan rumah Kumpulan B, Vietnam dengan agregat 2-0.

Situasi sebaliknya diharungi Indonesia apabila meraih mata maksimum daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan untuk mengesahkan tempat sebagai pasukan pertama ke peringkat separuh akhir.


Malah tuah memihak mereka pada separuh akhir menentang Filipina apabila kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno selepas lawan nasib baik mereka berterusan apabila bertemu dengan Filipina pada peringkat separuh akhir dan beraksi pada dua perlawanan di laman sendiri iaitu Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta selepas lawan gagal menyediakan stadium yang memenuhi kriteria ditetapkan penganjur.


“Inilah keadaan menarik untuk saya saksikan kerana sepanjang kejohanan ini bermula Indonesia hanya beraksi di tempat sendiri saja diiringi ribuan penyokong fanatik mereka.

“Saya nak tengok reaksi pemain Indonesia di dalam tempoh 15 minit pertama permainan,” kata Rajagobal yang menjadi jurulatih kedua membimbing Malaysia ke final Piala Suzuki AFF selepas Wan Jamak Wan Hassan melakukannya pada 1996.





MALAYSIA TEAM



Sikap tenang dan perancangan rapi serta tidak cemas selepas hilang sekurang-kurangnya 10 pemain utama yang sering menjadi pilihannya akhirnya membuahkan hasil awal daripada disangka.

Adunan pemain muda yang berusia seawal 19 tahun dan pemain senior seperti Mohd Amri Yahyah yang mencecah usia 29 tahun akhirnya sebati apabila berjaya mara ke pentas akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam. Kelebihan diatas kertas memang memihak kepada Indonesia kerana mempunyai barisan pemain berpengalaman dan beberapa pemain asing yang diberikan taraf kewarganegaraan serta penyokong fanatik skuad bimbingan Alfred Riedl itu.


Malah jentera serangan mereka sudah meledak 15 gol dan hanya melepaskan dua berbanding Malaysia yang menjaringkan lapan gol serta melepaskan enam.


Selain itu kali terakhir Malaysia menewaskan Indonesia di gelanggang sendiri adalah 21 tahun lalu ketika Lim Teong Kim menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Sukan SEA 1989 dan baki lima perlawanan di Malaysia selepas itu menyaksikan Indonesia menang dua daripadanya dan tiga keputusan seri.



INDONESIA TEAM

Namun statistik itu tidak berguna lagi apabila memasuki final kerana ia pentas berbeza.


Pemain kebangsaan menyedari harapan disandarkan bagi menaikkan kembali maruah bola sepak di pentas antarabangsa dan langkah pertama adalah menakluki Asia Tenggara dengan menjuarai Piala Suzuki AFF.

p/s: Esok jangan lupa siaran Langsung kat TV kul 8 mlm..Malaysia Boleh!!
Bye!

Friday, December 24, 2010

Dota Map baru 6.70



Salam Kawan2 yg pemain Dota tegar...ada map bawu 6.70 ..dah leh dl kat www.getdota.com
ada 2 hero baru ngn 3 new item....aku pon nga stdy guna hero2 nie...





phoenix..strenght.




Tuskar..strenght.

Memang kuatla 2 ekor hero baru nie..xcaya tryla..

p/s: acai,be a pro gamers k? hahaha..to pem ngn kodok ngn bistok2..ayuh trening.t kte leh bt team lawan rashed qasid..

k bye!

Antara Kawan dan Awek.












Salam blogger2 sekalian..kat sini aku saja nk tulis pasal entry nie..bukanlah nk timbulkan pape kontroversi..
hehe..td ada sorang mmber blogger aku Yuni (bukan nama sebenar) ada bt entry pasal bnda nie..so aku tertarik jgklah tentang pengalaman die...

aku pon ada pengalaman jugak..hahahahahahah~

Alkisah aku ada la awek,yg nama nyer Mrs SC...(nama pendek)...aku amatlah jarang keluar ngn beliau..walaupun selalu bergayut n ber3G di dalam phone..tetapi xmemadai la aku nk lepas rindu kat die..kdng2 kami berjumpe 4 0r 3 bulan sekali,kalau malang sgt,setahun 2 kali je...huhuhu kesian kt saya kn..hehe..okey,dalam masa yg sama,aku ada kawan2 yg aku kenal sejak zaman sekolah lg..zaman sekolah rendah pon ada....memngla dah rapatla sebb selalu hangout sama2....

so bila ada kes aku xdpat join kawan2ku pnyer program sebab awek.....dorang marahla sebab ak lg pentingkan awek,sebenarnye bukan ak xdpat join..tp ada peristiwa agak malang terjadi waktu aku nk balik ke Ipoh....sebab tu aku xdapt join dorang...dan yg pasti,bercakap mengenai kepentingan awek dan member2....aku rasa pada pndagan aku dua2 ada main peranan..awek,sbg bakal istriku,pendengar setia waktu aku memerlukan..penyejuk hatini hehe..dan member2 pulak..sebgai sahabat karib waktu zaman persekolahan dan sampai sekarang....sebab dorang dah kenal perangai dan sifat2 aku masa zaman kecik,iyelah,dari kcik membesar sama2..hehe..so kat sini kita kena sama2 la pndai jaga hati member dan juga awek kite.sendiri mau ingat la yer.

"persahabtan boleh jadi cinta,tp dari pcintaan sukar nk jadi sahabt semula" ;)



p/s: Dalam dilemma nk tgok wayang cter apa,tron legancy or cter bagasi ke?

Persamaan















Ok kite relax jap,,,,tengok gambar nie...x sangka member aku acai nie dulu ada kembar ngn keeper England...gua bangga giler la kejap dengan beliau..hehe tujela nk cter...bye2

Wednesday, December 15, 2010

BEAUTY N THE BEAST






Mungkin korang rase jelez kan sbb tgok lelaki berbulu cam gorilla ni dapat peluk pompuan cun putih gebu pulak tu...xpe2..nnti persoalaN anda akan terjawab..nape die leh kapel ngn lelaki berbulu tu.....dah xde lelaki lain ke kn...ok...


,harini aku nk kongsi kisah lelaki sikit..perempuan pon leh bace jgak..kotla ada bf2 anda begini..hehehe...tp yg penting pasni lelaki yg byk bulu roma xyah la risau sgt.......xperlu malu kita berbulu lebat..hehehe......seksi org kata..okey,kat sini ada artikel n jawapan yg dijawab oleh dr sakit tuan..bukan aku yg jawab..hehe


Bakal pengantin malu kaki berbulu lebat

SAYA lelaki yang berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian 160 sentimeter (cm) dengan berat badan 70 kilogram (kg) dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Masalah saya sekarang ialah saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang sangat banyak dan lebat dari kaki hingga ke pangkal paha, ini amat merunsingkan saya kerana terasa malu untuk bergaul dengan teman dan bersama dengan isteri nanti, untuk pengetahuan doktor saya kurang melakukan aktiviti sukan dan tidak ada keturunan dalam keluarga saya mengalami masalah seperti ini.

WUKONG,
Perak



En Wukong,

Kemunculan bulu roma bermula apabila individu itu masuk ke alam akil baligh. Bulu roma halus yang bergelar rambut 'vellus' yang didapati di kulit lelaki dan perempuan bertukar kepada rambut yang lebih kasar, berat dan berwarna gelap di bahagian kulit yang sensitif kepada hormon testosterone.

Memandangkan lelaki mempunyai tahap hormon testosterone yang berlebihan, maka ketumbuhan bulu roma menjadi lebih luas jika dibandingkan dengan perempuan.

Bagi lelaki, bulu roma tumbuh di beberapa tempat yang biasa tumbuh seperti misai, janggut, jambang, dada, bahagian bahu dan belakang, bahagian tundun dengan mengelilingi anggota kelamin, paha dan kaki, malah keseluruhan badan boleh diselubungi bulu roma dan situasi ini dikenali sebagai ‘hirsutisme’.

Biasa istilah ‘hirsutisme’ digunakan untuk menggambarkan wanita yang mana corak lebat bulu roma seperti lelaki. Anda pula mengalami buku roma yang lebat hanya dari kaki ke pangkal paha.

Jika situasi ini memang biasa kelihatan di kalangan lelaki dalam keluarga seperti bapa atau saudara terdekat, maka situasi ini ada kaitan dengan baka dan bukan suatu penyakit yang luar biasa. Situasi ini juga berlaku akibat peningkatan sensitiviti kulit bahagian itu kepada tindak balas hormon testosterone.

Anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan untuk diteliti corak dan keluasan ketumbuhan bulu roma, sekiranya perlu doktor akan lakukan ujian tertentu seperti ujian hormon testosterone dan DHEA (testosterone dari pundi adrenal) untuk mengesan jika tahap hormon itu lebih daripada biasa.

Jika semua ujian itu normal, maka keadaan yang anda alami itu bukan masalah kesihatan dan jika anda tidak selesa dengan bulu roma yang lebat itu, anda boleh mencukur atau mengurangkannya dengan menggunakan krim penghapus bulu roma atau krim ‘depilator’ seperti Veet atau Immac.

Untuk makluman anda, bulu roma yang lebat menggambarkan tahap testosterone yang mantap, maka anda boleh dikatakan amat seksi. Manalah tahu bakal isteri anda mungkin seorang yang tertarik kepada bulu roma lebat!

Dr Berbulu.


p/s: Dah sedia nk dapatkan yg cun yg mana single2 tu?? hehehe...rahsia nya... Dapatkan minyak Bond di pasaran!
xpon kalau susah sgt g kedai gunting rambut,ambik sikit rambut2 yg mamak tu buang,balik umah,tampal skit kat dada...hahahaha k chow! selamat mencuba! ^^( aku rase member aku acai mesti die senyum2 je skrng bila bace karang) hehe

Saturday, December 11, 2010

Siputman The Movie






Salam Blogger2 sekalian...bertemu lg dalam kisah yg seterusnya....tp kali ni aku xcter pasal LOVE ...kali ni aku cter yg lain sikit,hehe..iaitu pengalaman sorang member aku yang accident kereta......

Kalau x silap aku,minggu lepas aku jumpa die time ktorang jogging kat Taman Muhibbah,area2 situ la..tengah2 aku jogging aku nampak mamat sekeping ni tegor aku,then aku pon yg baru nk start jogging nie terpaksa la cancel(padahal memang malas nk jogging haha!) then,kitaorang pon lepak2lah kat tepi tu,,sambil2 tu member aku ni keluarkan la rokok John yg die beli semalam,,hembus2 depan aku...ops,lupe lak,haa..nama member aku nie M syedpai b Yasyas(bukan nama sebenar) die dulu satu tempat belajar la ngn aku,kat mana? mana leh gtaw ,,t kantoilaa..haha..ok2..sambung..aku tnya la dia dok belajar mana sekarang,sebab dekat setahun lebih x silap aku x jmpa die...aku tnya la " hang belajar mana sekarang?",die jawab dekat CCOSG(Community College Of Sg Siput)..aku cakap..eh asal jauh lak ko belajar kat situ,die ckapla " senang,adik aku tinggal kat situ,so aku ulang alik jela naik saga...


Pastu nk dijadikan cter,aku tnyalah beliau ," Eh,mana hang nyer Saga ? aku dok pusing kanan pusing kiri xjumpa ..xkkan melayang kot dari Community College,die cakap,sebab tula die dtng nk story kat aku ...sebenarnya die accident dekat Elephant Rock (bukan nama tempat sebenar) aku accident semalam,rase macam mati hidup balik",dengan mukanya yang selamba,( cam seronok je accident ) " aku rase cam dalam movie kot!! " ,kata beliau sambil ketawa,die pon story,"semalam,aku bawu pas tengok wayang ngn gf aku,pas aku hntar die bolek,aku teruslah sprint balik Taman MUhibbah,then bila tiba dekat simpang,ada singboard "SG SIPUT 2 km" aku pon terushar sampai aku xpersan depan aku tu divider,apa lagi,kereta aku berpusing 760 darjah kot..melayang je,terus kena divider,time tu aku pegang stereng,ingat nak mati je..takot gila aku tyme tu," bersungguh2 beliau cerita kat aku time tu,pastu aku tanya,"msti hg bawak laju kan??,kalau tak,xkkan tengok singboard Sg Siput leh accident br0??,aku saje bakar2 die skit,hehehehe..die dengan selamba dek jawab,aku bawak 100 je bukan laju pon..perghh,100 jalan biasa x laju,memang lollek betul,(dalam hati)



Pastu aku cam tiba2 lak x caya...biar betul dia nie,,tibe2 accident..." hang ni jgnla nk guraw2 ngn aku,,aku tengok hang x injured pon,dia cakap betullah x caya lak,aku ad ambik gambar time tu,aku injured skitje,bercalar..sebab tu aku rasa aku ni cam superhero lak....aku ckap " super Siput la hang! hahaha " dia senyum2 je sambil bawak keluar BB die yang smart....tunjuk gmabr ni kat aku....baru aku caya kat die..





Teruk kn accident die,tp die x injured pape pun,syukur,pttlah dia dok senyum time cter tu..hahaha....

Then,kat situ je pertemuan ktaorang....sejak dari tu,M syedpai dah serik nak bawak saga lepak2 mapley lagi,beliau dah ada scrambler sekarang...kiranya kalau tengok singboard Sg Siput pon msti x berpusing lagi...aku harap2 dia x bawak laju lg..

Malam tu aku terfikir sejenak,alangkah indah kita diberi peluang untuk hidup lama kat dunia ni " Ingatlah kita hidup sementara,kalau ditakdirkan mati sekalipun,atas pelamin pon kita leh meninggal"

Uishh,takutkan dengar...tapi itulah hakikat nya..so jagalah nyawa anda seperti anda sygkan awek,kalo yg xde awek,syglah ape saje seperti family,kucing dan sbgainya..lepas ni harap2 aku jumpa member2 aku yg len..mana tahu,ada citer yg lg best yg ak nk kongsi kat korang...



p/s: aku rase die kena nek heli pulak lah..baru selamat! ;) k chow dulu! salam ;-)


Monday, December 6, 2010

DALAM DILEMMA





Salam Blogger2 sekalian.....semalam kn aku dah tulih enrty pasal aku,harini aku nk tulih entry pasal mmber aku lak...

Dia mmber aku sejak sekolah rendah( skolah rendah lg) hahaha..nk bt cmna...maybe aku peramah kot masa zaman sekolah rendah,hehe..okeh2 sambung,lelaki nama dia Jaya(bukan nama sebenar),dia ngn aku,dia la pandai lg...asyik dapat no satu je..sukan pon dia aktif..muka pon boleh tahan gkla hensem (tp aku lg macho kot sikit) hehe ,ok apa yg aku nk cter pasal dia nih bukanlah sebab dia member skola rendah aku,tp disebabkan dia ada la masalah cinta sikit,bukan cinta la,sebab dia x berpunya lagi,sebenarnya dia stil single n avalaible...bkan aku nk promote dia,tp dah memang kenyataan..

so,baru2 ni aku ada la jumpa dia,,sembang2 di kedai kopi,dia pon bukaklah story...okey,before tu dia skrng belajar kt Luar Negara di Atlanta (bukan tempat sebenar) dan dia ni cuti la so adela kt sini,sebab tu la die sempat jumpe aku sambil minum2 kopi o panas...mula2 aku ingat dia nk cterla pasal oversea,cuaca,or mat2 salleh kt sana..tp rupanya dia nk gtaw yg dia bosan kat sini,kata org,jejaka kesepian....aku pon cam terkejut gak,aku ingatkan kt sana dia dah carik la org putih buat awek,tapi dia cakap mak dia x bg..bguslah sbb dgar ckp mak,baru berkat belajar..hehe...then aku pon tnya la dia,cari jela gurl,pastu kapel,kan senang..hahahaha....(aku cakap senang cam cari baju kt gerbang malam je) hahaha..

pastu aku tgok air muka die berubah,aku pon,"alamak,xkkan touching kot",huhu........
lama2 tu dia kata...korang semua dah ada awek,aku sorang je yg xde lagi....korang tu merujuk kepada kitaorang yg kt Mysia ....termasuklah aku....yg dah berpunya..hahahaha...aku tergelak la ngn statement tuh........
pastu dia cam marah aku la.." ko ni gelak2,cubela fikir aku ni bosan ,sunyi,xde sape nk care kt aku"..kesian la pulak aku tgok mamat ni(dalam hati aku la)....then aku cakap kat dia,ko kn gamers, Data (bukan game sebenar) xkkan ko bosan kot,nnti ada awek ko xleh men game dah selalu,dia cakap,dulu sebab game lah die clash ngn awek pertama dia dulu masa kat sekolah menengah...dia ego sgt smpai lupe...sampai sekarang dia xde pengganti lg...huhuhuhu",panjang lebar die terang kt aku, aku pon order lg segelas ais kosong utk merancakkan lg topik yg ktorang bincang......

aku pon fikir apa ayat yg aku nk gtaw die..supaya die okey n x desperate sgt....huhu(terpaksa guna ayat cmni) "haa..kan kawan kita si Amri Yahyah (bukan nama sebenar jugak) stil macam ko? xde awek lg....so ko jgnla rasa keseorangan single .....ada lagi mmber2 kita yang single,,,..mula2 aku ingt die nk mengalah,rpanya dia balas " siputman yg kering pon ada awek( bukan nama sebenar juga) xkkan aku yg hensem (perasan) xde !! ,habis tumpah ais kosong aku td atas meja mamak...punyelaa kuat die hentak..xsempat aku nk minum...xpelah,demi mmber ,sabar jela..

then aku slowtalk la ngn die...aku xleh la nk cyer kt korunk ape yg aku cakap kt dia...hehehehe....agk privasi di situ..last2,....dia cakap " xpelah,aku rase pon elok aku mcamni lagi,kekal ngn status single avalaible, sbb ak akan tunggu jodoh sejati ",,haa lebey kurang cmnila citer die..then aku pon balik umah n berfikir sejenak...

" kalau kita ada masalah cinta pon,still ok berbanding orang yang sedang
mencari-cari lg cinta sejatinya"

so buat sesape yg single mingle pringle tu,jangnlah rase cam,eh aku ni nnti ada calon ke x ha nk kawen,,malu la tgok mmber2 semua dah ada kapel,jgnla fikir cmtu,sebab setiap kita tuhan dah tentukan dengan siapa kita bertemu jodoh....

P/s: fitrah manusia la ingin disukai dan menyukai..setiap org akan merasa..tetapi bergantung kepada masa dan keadaan.

that's all 4 me..bt para gadis,hehe,,sesapa nk kenai mmber aku ni,pm di inbox gua okeh..guys pon boleh..boleh ke? hahaha just 4 friend gamers ok la..k chow.salam

Saturday, December 4, 2010

Dulu & Kini

KINI


DULU




Salam Blogger2 sekalian ,enrty hari ni berkenaan dengan Dulu & Kini....msti ada yg pelik kan...enry apa2 je, aku nk cter skitla psal diri aku,,dulu & kini...

Dulu2 masa zaman aku muda2..aku nie kering je...rangka je badan..orng ckp aku ni fiohhh~ la jgk...maksudnya badan kering yg ditiup angin sepoi2 bahasa..haha..then bila aku naik form 2,aku masukla rugby masa kt sbpi gopeng dulu,tp xsmpai seminggu,mulut aku la gatai2 gtaw mak aku ,konon nya nk bg dia bngga aku msuk sukan rugby ni..alih2 dia suh aku keluar dari rugby..huhuhu..alasan,aku kecik sangat..takot aku patah riuk tulang bone ni bila main rugby...aku pon akur la dengan keputusan mak aku,yela,die kn lebih memahami aku so aku pon xjadikla main rugby,kalau x msti aku fit skrng ni(bukan fit lembu dedeh)...










Bila masuk je menengah atas..badan aku stil kurus,berat pon 50 kg jer.....saiz seluar 28,aku ingt lg tyme tu,seluar slack hazard,ada lg dok simpan dalam almari umah aku...huhuhu~ then aku tyme tu dah start selera tahap gaban lah,masa g dewan makan pon bedal jgak ayam 2,3 ketoi..tp time tu aku men ptg2...men bola..so aku daptla jgak mencover metabolisma yang ada dalam badan.....

hbis je spm aku masuk PLKN kt Wang Kelian,Tasik Meranti,Perlis. Tyme tu memang badan aku kurus je,cm xde zat,then bila aku masuk PLKN,kat sana makan 6 kali sehari,so emang berselera aku mkn....tambah2 ada aktiviti yang padat,kawad la apa lg yg sam waktulah dengan nya smpailah aku perasan bdan aku dah fit skit2..hahahaha.....p/s: korang pe tahu ,bdan aku nie..hehehe.




c">

FASA NAIK BADAN YG PERTAMA >>>

haa nk citer sikit,bis je PLKN,aku keje kedai Yakin..jadik cashier lak tu,so memnag ak dah x exercise lah..asyik makan minum je kt kaunter tu,sampai ada la org tegor ," amboi dah berisi badan nmpak " tyme tu aku x amik kesah sgt sbb aku rase aku kurus sgt..bgus gk bdn dah nek..hahaha..(siap bersyukur lg).

">

FASA NAIK BADAN YG KEDUA >>>

time nih aku da benti keje kedai Yakin..aku pon dapat sambung belajar kt UITM Seri Iskandar,Perak..tyme nilah badan aku naik mendadak(walaupun aku rase aku kurus lg) tp tyme nih aku rase aku start makan lalu,tambah2 aku dah kenal DOTA (game) memang dah x keluar biliklah exercise,asyik main dota makan je..smpailah berat aku naik 60 kg.....







FASA NAIK BADAN YG KETIGA >>>

Lepas aku belajar kt UiTM ,masa cuti sem,aku saja g belajar memasak kt Institut Kulinari Anjung Utara (Itkau) yelah,nk isi masa lapanglah katakan...bila kita belajar memasak,secara otomatik nya aku pon asyik dok depan makanan jela,so aku ikot la pepatah,"rezeki jgn ditolak",huhuhuhu..mkn2 smpaila berat aku naik ke 65 kg....





FASA NAIK BADAN YG KEEMPAT >>>

Lepas aku habis belajar kt ITKAU aku masuk lak ke UITM Melaka,Kampus ALor Gajah...kat sinilah segalanya bermula....asam pedas,sup ekor sup tulang jadi makanan ruji aku setiap hari..huhuhuhuhuhu~ member2 aku yg xhbis mkn semua nya aku bedal janji adapt puaskan nafsu perot aku nih..time tu memang aku xfkir apa..yg aku fikir,makan sedap,perot kenyang,Hati gumbira..hahaha,,tambah2 tyme tu aku baru kapel ngn my girl,sakura comellest,lglaa aku bertambah heppy,asyik kerja makan je..hahahaha....





sampaila satu tahap aku rase aku amat gemok gila-gila bila aku pakai baju pengantin sepupu aku,kan aku jadi pengapit dia..bila aku pakai sampin aku xmuat nk naik atas..malu2...hahahaha...start daripada 2 minggu lepas aku dah mula kawal makan,aku dah xnk makan banyak lg...






gemok kan? so aku memang bertekad nk diet,bukan nya aku menyesal sbb gemok..tp aku xnklah sebabkan aku ni xjaga makan sampai dapat penyakit,serkarang mccm2 penyakit ada..jantung,darah tinggi,takotlah..huhuhuhu

so pasni ubah cara hidup,men futsal,badminton,berjogging,kurangkan lemak dalam makanan majulah sukan utk Negara...

chow!! semoga terhibur ^^ moga aku dapat kurus balik

p/s: sesapa nak jadik gemok dan berisi,aku ada tips2 yang hebat.PM saja di inbox ku di FB.sekian makasih.




Kisah Benar 2

sambungan dari kisah benar 1......



Maka si pinky pon terkejutlah tahap beruk disebabkan kejujuran si Amri Yahyah ni meluahkan sgala isi-isi perut beliau kepada nya......then berlakulah dialog di antara Amri dan Pinky ....

Pinky : nape awk ske kite??

Amri : sbb saya ske awk.

Pinky : nape awk xske org len??

Amri: sbb saya x ske org len.

Pinky: nape awk jawb sepatah je???

Amri : sbb awk tnya sepatah jugak.

Pinky : eeee...main2 lak.tensionlaaaaa cmnie.

Amri : saya seriusla..hehe..xtension pon..bahagia je ngn awk.

Maka si pinky pon terus lah offline die punyer YM..............agak2 kan....si Amri ni dapat x kapel ngn si pinky?...

Malam tu si pinky bermimpi..yang dalam mimpi dia ad mengatakan yang dalam byk2 lelaki yang mendekati dia..hanya Amri yg benar2 boleh bagi kebahagiaan yg sejati (peghh ayat)dekat dia.

esok nya,di YM.....


Pinky : saya bukan xsuke awak..saya suke berkawan ngn awak..tp...

Amri : tapi pe???

Pinky : tp saya nk belajar dulu..saya nk tumpukan pelajaran,nk tgok parents heppy,
dapat tengok saya gulung sijil ijazah,lepastu baru saya beritahu apa kata
putus.

Amri : ooo..camtu rupa nya..ke awk dah ada orang lain yang lebih korea dari saya???

Pinky : kan saya dah gtaw,sya dtng sini utk stdy je,kalau x,msti sya g korea cari
laki.

Amri : Alamak ! terkena balik aku,(dalam hati)..oh ok xpelah mcamtu..walau apa yang
terjadi,saya tetap tunggu awak.(sweetlah plak) ^^

Pinky : saya xleh nk janji apa2.......semua nya dah ditakdirkan,kalau saya ada jodoh
ngn awk..adalah.kalau x....awak carilah orang lain yg lebih sesuai ngn awak.

Amri: ...............( sambil mnitis air mata) p/s: dalam hati ada taman taw.

Maka itujela yg die cter kt aku..ak pon xtaw nk ckp ape,melainkan ak suh die bersabor jela,n tak berharap sgt....nk ikotkan aku,aku malas layan.,tp kesian tgok...so aku tolonglah dia..sampai sekarang,aku stil xdpt nk kontek dia..aku pon xtaw sama ada dia dapat kapel ngn pinky ke x.......

so,korang semua msti ada kan..kwan2 yg cter masalah cinta kt korrang,jadilah brother love jap bg laki,or sister love bg pompuan..bantu2lah mmber2 kita,sebab,nnati kita susah.sapa yg kite nk mntak tolong?? msti kawan2 jgakkan....itujela setakat nie...
nnti bila aku jumpa balik kawan lama aku nih,aku akan cter balik kat korang pe yg jd kt dia..hehehe...




sayonara~~~

Salam love love love~ sootek!!

Friday, December 3, 2010

Kisah Benar





Salam Blogger2 sekalian.....hehe...

okeh kt sini aku nk citer skit..cam crita yg agak jiwa-jiwa dam meyentuh perasaan sketla..kisah nya bermula cmni..dulu,tyme masa zaman aku muda2 aku ada
kawan yg bernama Amri Yahyah (bukan nama sebenar)..kawan sekolah rendah laa....mamat ni seorang yg agk ganaz laa dari luar tp sebenarnya dalam hati beliau ada la sikit taman astakona..ngeh3...

so satu hari mamat ni g belajar kat satu tempat....nama nya universiti of Malawi (bukan nama sebenar) ,aku pon x ingt mamat tu amik kos apa..then dia ada suka la ngn sorang minah nih..nama dia pinky(bukan nama sebenar) ,walaupun minah ni nama pinky,tp perangai dia sgt lasak,n gila2 punya org(bukan org gila),sebab tulah si Amri ni tertarik ngn si pinky....

3 bulan berlalu,si Amri stil menyimpan feeling dia kt si pinky,sbb dia takot si pinky ni xterima dia...maklumlah,si pinky ni sgt suka tgok cter korea,si Amri ni lak rasa xde langsung gen2 korea dalam badan dia..lagi lah mamat ni rendah diri...

Pada suatu hari,nak dijadikan cerita,si pinky ni dapat result yg bgus dan g fly ke Timur Tengah..sambung belajar,maka tinggalah si Amri ni dalam keseorangan....dan menanggung kerinduan yg amat sgt..dalam masa yang sama,pinky ni stil continue her stdy kt sana tnapa mmikirkan Amri sbb dia pon xtaw yg ada orng pendam perasaan kt dia..

Maka si Amri ni pon g lah berjumpa dengan brother love..yg bernama aku..aku laa..sapa lg!! hakk33...brother love dia..dia pon cter la dari a sampai z walaupun aku xbpa minat sgt dengar mula2..tp last2...aku rasa kesian sbb kesungguhan dia..
then aku cakap la kt dia,wahai si amri sahabatku,g la gtaw dia apa yg hg rasa.hahahaha...pendek je but mendalam gler ayat aku,lantas,dengan pantas seperti kilat lebih laju dari cahaya dia terus meng'on' kan Ym beliau dan berchatting ngn si pinky..then dia gtaw yg dia jatuh hati ngn dia......dan berterus terang~~ dengan gentle nya dia mengtakan i lap u pinky ! hahaha


nk taw pe yg pinky rasa???

korang assume pe yg terjadi..hehehe..adakah si amri yahyah ni dapat kapel ngn pinky??
t aku bg sambungan cter nie..hehehe...
selamat membaca.

I'm Back !!!




Salam Blogger !


YOSH!
(tiru ayat org lak) haha (^_<)

setelah lama aku menyepi...tibe2 aku rase cam nk buat blog balik..hahaha
so aku start update lah malam nie...sorryla dulu laptop aku bt halje..skrng dah ok,so aku leh la update blog aku hari2.....
kepade mmber2 blog aku..pasni leh la visit blog aku yer...komen2..ape yg ptot...nk kutuk pon leh...aku trima je pe pndangan dan krtikan aslkan aku x down sudehh..hehe

k la..ni jela dulu..skit2 dah la...esok aku update yg len lak....hehe
byk benda aku nk share ngn korang nnti...ok yosh!!

salam....zass!