Saturday, February 26, 2011

laptop gua rosak lagi.

dimaklumkan laptop gua rosak balik...rugi btoi..
so pasni gua jrg update blog..jmpe lg.

Wednesday, February 16, 2011

Gambar lawak.






tangah2 gua bergoogle td..tiba2 jumpe gambar lawak....kahkahkah pa lagi,gua buat dialog sikit..hehe ,,selamat membace!







laki tu:best nya baring atas ni ;)



perempuan tu:ni nk masuk kt mana ha????;)


ni la controller zaman batu PS1 ngan PS2 ;)




budak:akak,akak punya besar la,tu yg x thn tu ;)

New header.!



Pasni xyah la nk tulih salam blogger2 sekalian lg sebab dah letak kt header,kredit kat saudara apiz dari ILP Penang( student terbaik) yg tolong design header aku,nk harapkan aku,memang xdapat la jep nak edit2 nie.
ok la..gua pon nak beli barang2 nak meniaga malam nie..mlm ni gua buat entry baru punya,.,tunggggguuuu...

Tuesday, February 15, 2011

business baru.




Salam Maulud blogger2 sekalian..hehe


ritu gua janji nk upload sikit kan gambar2 gua meniaga kat sini...gua jual air oren je....

gua rasa dengan gambar2 ni lu orang dapat gambarkan..

fisrt,penat + modal= untung@profit..

okeyla dari buat biz MLM.. kahkahkahkah
xperlu tagline hebat!! heyy kejadah semua tu.





Sunday, February 13, 2011

sibuk

minggu ni gua bz sgt dengan nasyid,assingmnet dan berniaga. 2jela nk gtaw..nnti gua upload gambar gua meniaga.

Thursday, February 10, 2011

Bank Islam & CIMB.

korang taw x? ada member gua nie...gua nak mintak kad cimb dia,,nk ambik duit yg member gua transfer, yg gua kelakar tahap cipan, dia leh samakan ngn bank Islam ngn CIMB..kahkahkahkahkah.....aku rasa kalau CEO Bank2 ni dgar maw pecah perot gelak..



kahkahkah....

nanti aku nak bukak Bank SOotek lah.
Baru ada "Salam Blogger2 sekalian kan...." kahkahkahkah.

Tuesday, February 8, 2011

Malaysia Vs Hong Kong.



Harimau Malaya dituntut tewaskan Hong Kong buat cari penawar duka HARIMAU Malaya ‘akan mengaum lagi’, malam ini dan intipati ini amat ditagih ribuan penyokong skuad bola sepak negara apabila turun ke gelanggang menentang Hong Kong dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini. Detik ini harus menjadi penantian kerana ini adalah perlawanan pertama sejak anak didik K Rajagobal menjuarai Piala Suzuki AFF pada 29 Disember lalu di Jakarta.

Mesej daripada pengendali berkenaan adalah jelas - lupakan segala detik gembira yang lalu dan kembali kepada realiti kerana maruah menjadi pertaruhan selaku raja baru bola sepak Asia Tenggara.
“Yang sudah lalu itu biarkan lalu. Saya sudah menegur setiap pemain lupakan kejayaan Piala Suzuki dan melihat ke hadapan. “Saya mahu mereka menonjol untuk membantu muncul pasukan kuat kerana sasaran kita adalah untuk layak ke Piala Asia 2015,” kata Rajagobal. Malam ini juga menjadi satu lagi tarikan melihat kelibat Safee Sali yang bakal berkelana untuk beraksi di Liga Indonesia tidak lama lagi dan pengendali itu turut mahu menguji penyerang lain yang boleh bergandingan baik dengan penyerang Selangor buat merobek gawang Hong Kong.


Belajar Mandarin.






Ni Hao Ma? hehe..ni maksudnye apa khabar?

sem ni gua belajar bahasa Mandarin...xde la susah sangat tapi interesting la,sebab b4 ni masa kat skolah gua belajar jepun..so lebih kurangje...tadi gua belajar nombor2..yi er san si wu liu qi ba jiu shi.

haha..maksudnya 1-10 .

ni lah gambar masa kelas tadi.




contoh: 019-23456784- ling yie jiu er san si wu liu qi ba si.

pasni sapa2 nk gua tlong adjust amoi leh la..hahahaha...
rm 10 satu nombor..kahkahkah.

Rindiani.

Kat sini gua ada chord untuk lagu rindiani Slam....trylah....



Em
Pernahkah
C Em
Aku sakiti hatimu
Am
Ataukah prasangka
D G B7
Menduakan cintaku oh kekasih
Am B7
Semuanya tiada ku lakukan
C F#
Tapi mengapa engkau
B7
Tak pernah peduli

Em
Mungkinkah
C Em
Semua ini terjadi
Am
Padaku yang selalu
D G
Menyayangi dirimu
B7
Setulus hati
Am B7
Biarlah rela aku menahan
C B7
Demi keutuhan cinta
Em
Kita berdua

( korus )

G D
Rindiani kekasihku sayang
Am Em
Jangan pergi dari sisiku
C Am B7
Rindiani bunga hati sayang
C D B7 Em
Maafkanlah kira ku bersalah


Am
Ku harapkan
D G B7
Sucinya cintamu kepadaku
Am
Ku harapkan
B7 Em
Hatimu hanya untuk diriku

Monday, February 7, 2011

Pro & Kontra: Harus ikhlas lepas pemain muda.




JIKA benar impian penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF Suzuki, Safee Sali menjadi realiti beraksi di sebuah kelab dalam Liga Super Indonesia (ISL), ia adalah satu detik kebanggaan untuk dirinya, Selangor dan negara.

Penyertaan penjaring lima gol di AFF 2010 itu ke kelab pilihannya, setidak-tidaknya meredakan ketegangan hubungan antara Malaysia dan Indonesia ekoran final Piala Suzuki baru-baru ini.

Walaupun menjadi satu kehilangan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), mereka harus berbangga kerana dapat melahirkan seorang bintang dan inilah masanya pemain muda itu menimba pengalaman baru dan meningkatkan tahap kemahirannya.
Ia juga menjadi pembuka jalan kepada pemain tempatan untuk lebih bersemangat beraksi di luar negara.

Sejak kejayaan Malaysia menjulang Piala AFF, bola sepak negara memberi petanda baik untuk melangkah lebih jauh, lebih-lebih lagi dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa kerajaan bersedia menaja mana-mana pemain yang berminat beraksi di luar.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bawah kepimpinan Sultan Ahmad Shah juga mempunyai perancangan tersendiri untuk membolehkan skuad Bawah 23 negara menimba lebih banyak pengalaman di luar.

Begitupun, impian ini hanya boleh dicapai sekiranya persatuan bola sepak negeri dan kelab yang diwakili pemain B-23 itu, memberi kerjasama dan melepaskan pemain mereka tanpa syarat, dan mengetepikan kepentingan sendiri demi masa depan bola sepak negara.

Sumber: Berita Harian.com.my

Saturday, February 5, 2011

balik melaka.



pada ketika lu bace post nie,,gua dah odw ke Melaka skrg..bestlah lepak2 sini...to acai..take care n selamat pulang..jumpe lg nnti..hehe...

k la gua nk angkt barang masuk dalam bas jap..doakan perjalanan gua selamat sampai.

to miss sakura comellest,miss u n tc...hehe.


Friday, February 4, 2011

Diburu


Haritu gua ada buat entry pasal memburu,tapi kali ni nak citer pasal diburu lak....
selalu nya lelaki lah yang memburu pompuan,tapi jarang2 kite dengar lelaki diburu pompuan..betolke?..maksudnya timba cari perigi,ubat gigi mencari berus gigi...bantal mencari sarung bantal..haa cmtula lbey kurang ataupon bahasa kasar nyer menyerah toboh! kahkah

aku tengok member2 gua yang diburu cam best je..haha..xyah bersusah2 lagi,n bersedih-sedihan dambaan pilu kata Khai.

So kat sini list member2 gua yang diburu.

@ abah2.
@UUooo.

xkisah la samada diburu atau memburu,yg penting kebahagiaan adalah hak milik setiap insan.

Thursday, February 3, 2011

Polis dan Masjid.


Tadi aku ngn bapak aku besama2 adik laki ku g smyang jumaat di Masjid Sg Rokam...tiba2 sampai di simpang nak masuk masjid ada 2 org polis muda buat roadblock.Bapak aku pon suh aku tanya,

Gua : Asal block2 jalan ni cik ??

Polis : Harini je block.

Gua : sebab pe? ktorang nk p smayang la..dah lewat.

Polis: sila ikut jalan lain.Ni arahan.

Gua: okey,Lu orang smyang x?

Polis: Membisu.

sebabkan polis tu cam sebaya aku,sebab tu aku berani kahkahakah....last2 Sg Rokam yg Kampung pon leh jammed cam Masjid KLCC.
Kesian polis2 tu,sebab arahan..kena qadak smayang jumaat,next week smayang jumaat jadi 4 rakaat.kahakahakah..

Wednesday, February 2, 2011

snooker



Baru2 ni gua g men snooker ngn acai,hazwan dan mek...dalm byk2 geme,snuk la paling gua kureng..tapi gua pon selamba la gi men.

bukak bola,gua dapatla sebijik dua masuk lubang..tiba2 gua perasan ada sorang player snooker Sri Lanka yang hebat la maen kat tempat tue..gua pon apa lagi terus capai gua punya olympus DSR yang baru gua beli,snap terus..buat kenang2 kenangan.

ni pic beliau.













Tiga pesawat TUDM berlepas ke Mesir



Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha PolitikPerdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.


Tuesday, February 1, 2011

Shoalin Best + lesson.








Td gua baru tgok filem nie,memang action!.........tgok cter midnight pon terus x jadi ngntuk.

best lah citer ni punya action...rugi kalau tak tengok,then,bukan setakat action jer ada nilai2 kekeluargaan,sampaikan ada member aku loki cakap, lepas gua tengok ni gua rasa cam nk bekeluarga lak..kahkahkah..mybe dia dah nampak masa depan dia melalui filem,so kawan2 yang len jom tengok ramai2.....tapi 18 n above jelah..hehe

to acai , terima kasihlah sebab bwak gua jalan2..sampaikan dia xrehat....xpe,pas g menjala esok,rehat puas2 .Ops,jgn lupa upload gmbar2 ye.

Kesan buruk kalau asyik makan.





Aku asa kalau aku x diet la skrng nie,lg 5 tahun akan datang mesti jd cmni muka aku. Naseb bek tuhan bg hidayah suh aku diet.


macam gergasi je.kahkahkahakahakahakahakah.