Thursday, December 30, 2010

Berakhirlah cerita cuti .....




Salam blogger semua...harini aku nk tulis paal habis dah cuti sem nie..so lusa aku akn gerak ke Melaka....

Then buat geng2 jahat Ipoh (Loki bg nama) sekalian,gd luck dari aku En sut...bestlah sgt2 lepak ngn korang....dapat gelak2..kutuk2..hehe...credit buat loki,sbb snggup ambik aku selalu kt umah....jauh lak tu dari Tambun..hehe...buat acai,t nk fly ang kene gtaw...ak nk ekot g airport.haha...hzwan awek, nmpknyer last match general kite stil tertangguh lg...haha...pem.nmpknya hg kena trening lg la general..Mawi tiang, hg gelak kuat betol..HASHAAHAHAHAH nnti kite lepak ki-il lak..hehe...bistok2 (yap),Atan yg slalu cari gado ngn aku..hehe lawa la awek ko( gitar baru) t ak pon nk beli gk...kodok,opai lolla,pasni aku xlepak kdai Msyed hg dah..haha..fit dedeh,mior alhmdulillah erkk ;P krubin2..yak whai2...qayum klutuk2...n semua geng2 sodong...gdLuck! kite jmpe lg next tyme..HEBAT!!! hEY!!! ( CB NYER SKOR A,XDE HASIL PON) =='



P/s: sorryla gmbar lama..hehe...kabel phone rosakla..huhuhu...

Monday, December 27, 2010

Malaysia Menang!!!





Salam blogger2 sekalian,hari ini aku nak citer pasal bola lg..hehehehe


SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’...

Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.

Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.

Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.

Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.

Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.

Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.

Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.

Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee.

Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.

Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.

Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.

Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.

Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.

p/s: bila la Malaysia nak masuk World Cup kn...k chow!

Saturday, December 25, 2010

Malaysia Vs Indonesia.










Salam blogger2...harini gua malas sgt nk menaip keyboard..hehe..so aku ada berita utk korang..pasal bola esok.




EDISI kelapan Piala Suzuki AFF pada tahun ini bakal menobatkan juara baru apabila Malaysia dan Indonesia buat kali pertama bertarung pada perlawanan akhir.

Malaysia mara ke final selepas mengharungi laluan berliku bermula dengan episod dimalukan Indonesia 5-1 pada peringkat Kumpulan A namun kemudiannya bangkit mendadak mengikat juara tiga kali, Thailand tanpa jaringan serta membenam cabaran Laos pada perlawanan terakhir kumpulan.


Skuad bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal itu bagaimanapun berterima kasih kepada Indonesia yang menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kumpulan bagi membolehkan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya menyingkirkan juara bertahan dan tuan rumah Kumpulan B, Vietnam dengan agregat 2-0.

Situasi sebaliknya diharungi Indonesia apabila meraih mata maksimum daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan untuk mengesahkan tempat sebagai pasukan pertama ke peringkat separuh akhir.


Malah tuah memihak mereka pada separuh akhir menentang Filipina apabila kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno selepas lawan nasib baik mereka berterusan apabila bertemu dengan Filipina pada peringkat separuh akhir dan beraksi pada dua perlawanan di laman sendiri iaitu Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta selepas lawan gagal menyediakan stadium yang memenuhi kriteria ditetapkan penganjur.


“Inilah keadaan menarik untuk saya saksikan kerana sepanjang kejohanan ini bermula Indonesia hanya beraksi di tempat sendiri saja diiringi ribuan penyokong fanatik mereka.

“Saya nak tengok reaksi pemain Indonesia di dalam tempoh 15 minit pertama permainan,” kata Rajagobal yang menjadi jurulatih kedua membimbing Malaysia ke final Piala Suzuki AFF selepas Wan Jamak Wan Hassan melakukannya pada 1996.





MALAYSIA TEAM



Sikap tenang dan perancangan rapi serta tidak cemas selepas hilang sekurang-kurangnya 10 pemain utama yang sering menjadi pilihannya akhirnya membuahkan hasil awal daripada disangka.

Adunan pemain muda yang berusia seawal 19 tahun dan pemain senior seperti Mohd Amri Yahyah yang mencecah usia 29 tahun akhirnya sebati apabila berjaya mara ke pentas akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam. Kelebihan diatas kertas memang memihak kepada Indonesia kerana mempunyai barisan pemain berpengalaman dan beberapa pemain asing yang diberikan taraf kewarganegaraan serta penyokong fanatik skuad bimbingan Alfred Riedl itu.


Malah jentera serangan mereka sudah meledak 15 gol dan hanya melepaskan dua berbanding Malaysia yang menjaringkan lapan gol serta melepaskan enam.


Selain itu kali terakhir Malaysia menewaskan Indonesia di gelanggang sendiri adalah 21 tahun lalu ketika Lim Teong Kim menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Sukan SEA 1989 dan baki lima perlawanan di Malaysia selepas itu menyaksikan Indonesia menang dua daripadanya dan tiga keputusan seri.



INDONESIA TEAM

Namun statistik itu tidak berguna lagi apabila memasuki final kerana ia pentas berbeza.


Pemain kebangsaan menyedari harapan disandarkan bagi menaikkan kembali maruah bola sepak di pentas antarabangsa dan langkah pertama adalah menakluki Asia Tenggara dengan menjuarai Piala Suzuki AFF.

p/s: Esok jangan lupa siaran Langsung kat TV kul 8 mlm..Malaysia Boleh!!
Bye!

Friday, December 24, 2010

Dota Map baru 6.70



Salam Kawan2 yg pemain Dota tegar...ada map bawu 6.70 ..dah leh dl kat www.getdota.com
ada 2 hero baru ngn 3 new item....aku pon nga stdy guna hero2 nie...





phoenix..strenght.




Tuskar..strenght.

Memang kuatla 2 ekor hero baru nie..xcaya tryla..

p/s: acai,be a pro gamers k? hahaha..to pem ngn kodok ngn bistok2..ayuh trening.t kte leh bt team lawan rashed qasid..

k bye!

Antara Kawan dan Awek.












Salam blogger2 sekalian..kat sini aku saja nk tulis pasal entry nie..bukanlah nk timbulkan pape kontroversi..
hehe..td ada sorang mmber blogger aku Yuni (bukan nama sebenar) ada bt entry pasal bnda nie..so aku tertarik jgklah tentang pengalaman die...

aku pon ada pengalaman jugak..hahahahahahah~

Alkisah aku ada la awek,yg nama nyer Mrs SC...(nama pendek)...aku amatlah jarang keluar ngn beliau..walaupun selalu bergayut n ber3G di dalam phone..tetapi xmemadai la aku nk lepas rindu kat die..kdng2 kami berjumpe 4 0r 3 bulan sekali,kalau malang sgt,setahun 2 kali je...huhuhu kesian kt saya kn..hehe..okey,dalam masa yg sama,aku ada kawan2 yg aku kenal sejak zaman sekolah lg..zaman sekolah rendah pon ada....memngla dah rapatla sebb selalu hangout sama2....

so bila ada kes aku xdpat join kawan2ku pnyer program sebab awek.....dorang marahla sebab ak lg pentingkan awek,sebenarnye bukan ak xdpat join..tp ada peristiwa agak malang terjadi waktu aku nk balik ke Ipoh....sebab tu aku xdapt join dorang...dan yg pasti,bercakap mengenai kepentingan awek dan member2....aku rasa pada pndagan aku dua2 ada main peranan..awek,sbg bakal istriku,pendengar setia waktu aku memerlukan..penyejuk hatini hehe..dan member2 pulak..sebgai sahabat karib waktu zaman persekolahan dan sampai sekarang....sebab dorang dah kenal perangai dan sifat2 aku masa zaman kecik,iyelah,dari kcik membesar sama2..hehe..so kat sini kita kena sama2 la pndai jaga hati member dan juga awek kite.sendiri mau ingat la yer.

"persahabtan boleh jadi cinta,tp dari pcintaan sukar nk jadi sahabt semula" ;)



p/s: Dalam dilemma nk tgok wayang cter apa,tron legancy or cter bagasi ke?

Persamaan















Ok kite relax jap,,,,tengok gambar nie...x sangka member aku acai nie dulu ada kembar ngn keeper England...gua bangga giler la kejap dengan beliau..hehe tujela nk cter...bye2

Wednesday, December 15, 2010

BEAUTY N THE BEAST






Mungkin korang rase jelez kan sbb tgok lelaki berbulu cam gorilla ni dapat peluk pompuan cun putih gebu pulak tu...xpe2..nnti persoalaN anda akan terjawab..nape die leh kapel ngn lelaki berbulu tu.....dah xde lelaki lain ke kn...ok...


,harini aku nk kongsi kisah lelaki sikit..perempuan pon leh bace jgak..kotla ada bf2 anda begini..hehehe...tp yg penting pasni lelaki yg byk bulu roma xyah la risau sgt.......xperlu malu kita berbulu lebat..hehehe......seksi org kata..okey,kat sini ada artikel n jawapan yg dijawab oleh dr sakit tuan..bukan aku yg jawab..hehe


Bakal pengantin malu kaki berbulu lebat

SAYA lelaki yang berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian 160 sentimeter (cm) dengan berat badan 70 kilogram (kg) dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Masalah saya sekarang ialah saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang sangat banyak dan lebat dari kaki hingga ke pangkal paha, ini amat merunsingkan saya kerana terasa malu untuk bergaul dengan teman dan bersama dengan isteri nanti, untuk pengetahuan doktor saya kurang melakukan aktiviti sukan dan tidak ada keturunan dalam keluarga saya mengalami masalah seperti ini.

WUKONG,
Perak



En Wukong,

Kemunculan bulu roma bermula apabila individu itu masuk ke alam akil baligh. Bulu roma halus yang bergelar rambut 'vellus' yang didapati di kulit lelaki dan perempuan bertukar kepada rambut yang lebih kasar, berat dan berwarna gelap di bahagian kulit yang sensitif kepada hormon testosterone.

Memandangkan lelaki mempunyai tahap hormon testosterone yang berlebihan, maka ketumbuhan bulu roma menjadi lebih luas jika dibandingkan dengan perempuan.

Bagi lelaki, bulu roma tumbuh di beberapa tempat yang biasa tumbuh seperti misai, janggut, jambang, dada, bahagian bahu dan belakang, bahagian tundun dengan mengelilingi anggota kelamin, paha dan kaki, malah keseluruhan badan boleh diselubungi bulu roma dan situasi ini dikenali sebagai ‘hirsutisme’.

Biasa istilah ‘hirsutisme’ digunakan untuk menggambarkan wanita yang mana corak lebat bulu roma seperti lelaki. Anda pula mengalami buku roma yang lebat hanya dari kaki ke pangkal paha.

Jika situasi ini memang biasa kelihatan di kalangan lelaki dalam keluarga seperti bapa atau saudara terdekat, maka situasi ini ada kaitan dengan baka dan bukan suatu penyakit yang luar biasa. Situasi ini juga berlaku akibat peningkatan sensitiviti kulit bahagian itu kepada tindak balas hormon testosterone.

Anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan untuk diteliti corak dan keluasan ketumbuhan bulu roma, sekiranya perlu doktor akan lakukan ujian tertentu seperti ujian hormon testosterone dan DHEA (testosterone dari pundi adrenal) untuk mengesan jika tahap hormon itu lebih daripada biasa.

Jika semua ujian itu normal, maka keadaan yang anda alami itu bukan masalah kesihatan dan jika anda tidak selesa dengan bulu roma yang lebat itu, anda boleh mencukur atau mengurangkannya dengan menggunakan krim penghapus bulu roma atau krim ‘depilator’ seperti Veet atau Immac.

Untuk makluman anda, bulu roma yang lebat menggambarkan tahap testosterone yang mantap, maka anda boleh dikatakan amat seksi. Manalah tahu bakal isteri anda mungkin seorang yang tertarik kepada bulu roma lebat!

Dr Berbulu.


p/s: Dah sedia nk dapatkan yg cun yg mana single2 tu?? hehehe...rahsia nya... Dapatkan minyak Bond di pasaran!
xpon kalau susah sgt g kedai gunting rambut,ambik sikit rambut2 yg mamak tu buang,balik umah,tampal skit kat dada...hahahaha k chow! selamat mencuba! ^^( aku rase member aku acai mesti die senyum2 je skrng bila bace karang) hehe