Tuesday, February 8, 2011

Malaysia Vs Hong Kong.



Harimau Malaya dituntut tewaskan Hong Kong buat cari penawar duka HARIMAU Malaya ‘akan mengaum lagi’, malam ini dan intipati ini amat ditagih ribuan penyokong skuad bola sepak negara apabila turun ke gelanggang menentang Hong Kong dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini. Detik ini harus menjadi penantian kerana ini adalah perlawanan pertama sejak anak didik K Rajagobal menjuarai Piala Suzuki AFF pada 29 Disember lalu di Jakarta.

Mesej daripada pengendali berkenaan adalah jelas - lupakan segala detik gembira yang lalu dan kembali kepada realiti kerana maruah menjadi pertaruhan selaku raja baru bola sepak Asia Tenggara.
“Yang sudah lalu itu biarkan lalu. Saya sudah menegur setiap pemain lupakan kejayaan Piala Suzuki dan melihat ke hadapan. “Saya mahu mereka menonjol untuk membantu muncul pasukan kuat kerana sasaran kita adalah untuk layak ke Piala Asia 2015,” kata Rajagobal. Malam ini juga menjadi satu lagi tarikan melihat kelibat Safee Sali yang bakal berkelana untuk beraksi di Liga Indonesia tidak lama lagi dan pengendali itu turut mahu menguji penyerang lain yang boleh bergandingan baik dengan penyerang Selangor buat merobek gawang Hong Kong.


No comments: